Realme Pad Dan GT Neo2 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

TechnologyDigital
25 Oct 2021 • 1:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Pad dan Realme GT Neo2 merupakan dua peranti baharu yang bakal ditawarkan buat pengguna di Malaysia, tidak lama lagi. Enggan terus berteka-teki, Realme kini berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 3 November 2021. Acara pelancaran akan bermula pada jam 3 petang yang akan diadakan secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi Realme Malaysia.

image is not available

Kedua-dua peranti ini telah diumumkan di India terlebih dahulu. Realme Pad merupakan tablet pertama mereka yang dilengkapi skrin 10.4-inci beresolusi WUXGA+ dan empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Sementara itu, Realme GT Neo2 pula adalah peranti yang dilengkapi cip Snapdragon 870, skrin AMOLED 120Hz dan sistem penyejukan dinaik-taraf menerusi teknologi gel yang mengadungi partikel berlian dan lapisan graphene untuk aliran haba lebih baik.

image is not available

Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut. Kami akan berkongsi lebih banyak informasi untuk peranti-peranti ini termasuklah harga jualan rasminya untuk pasaran Malaysia.