Ducati Malaysia Tambah Tempoh Jaminan Lagi 3 Bulan

Cars
8 Oct 2021 • 2:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ducati

Demi kepuasan pelanggan, Ducati yang merupakan sebuah jenama motosikal berkuasa tinggi telah menambah tempoh jaminan selama 3 bulan buat pemilik Ducati yang telah tamat tempoh jaminan pada bulan Ogos.

BACA : Modenas Perkenal Pulsar NS200 Dengan Warna Baru, Harga Bermula RM9,655

Menurut laporan Berita Harian, lanjutan itu merangkumi pemeriksaan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam usaha untuk menangani sebarang keperluan penyelenggaraan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan khas tamat jaminan akan dibuat terlebih dahulu secara percuma di pusat servis berdaftar Ducati Malaysia sebelum tambahan tempoh jaminan diberikan.

Alat ganti dan minyak bagi servis biasa akan diberikan diskaun sebanyak 15 peratus. Bukan tu jer, sekiranya terdapat masalah yang dikenalpasti semasa pemeriksaan dibuat, ianya akan dibaiki mengikut jangkauan perlindungan jaminan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Ducati Malaysia Tambah Tempoh Jaminan Lagi 3 Bulan appeared first on Oh! Media.