Kongsi Lirik Sedih, Rossalennah ‘Unfollow’ Shuk Sahar?

11 Oct 2021 • 6:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun sudah beberapa kali cuba diselamatkan, namun rumah tangga Shuk Sahar dan Rossalennah Natassyiah Asshaferah sepertinya terus dilanda badai.

Meluahkan perasaan sedih menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, wanita yang juga merupakan usahawan itu terus memberi bayangan mengenai kepincangan hubungan antaranya dan Shuk.

Terbaru, Sera telah berkongsi beberapa klip muzik lagu seperti ‘Tapi Bukan Aku’ dan ‘Take A Bow’ yang mengisahkan tentang kecurangan dan hubungan yang tidak boleh diselamatkan lagi.

image is not available

Meskipun tidak menujukan lirik itu kepada sesiapa yang spesifik namun ramai yang menebak bahawa Sera cuba meluahkan rasa menerusi lirik yang menyentuh perasaan itu.

Lebih mengejutkan apabila wanita itu dilihat tidak lagi mengikuti akaun Shuk di Instagram kini.

Semoga mereka dapat menyelesaikan masalah ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kongsi Lirik Sedih, Rossalennah ‘Unfollow’ Shuk Sahar? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.