Paten Apple Memperlihatkan Rekaan Skrin iMac Bertakuk

TechnologyDigital
21 Oct 2021 • 6:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan MacBook Pro yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk. Kini, selain daripada MacBook Pro, hadir desas-desus mengatakan iMac mungkin turut hadir dengan rekaan bertakuk.

Desas-desus ini berdasarkan kepada paten Apple pada tahun 2020 yang memperlihatkan rekaan skrin bertakuk.

image is not available

Dengan rekaan bertakuk, ia dijangka Apple boleh mengintegrasikan sokongan Face ID yang akan membolehkan imbasan wajah dan melakukan pelbagai perkara tambahan melaluinya. Namun, pada MacBook Pro baharu, perkara ini masih belum disokong sepenuhnya.

Dengan paten baharu ini, sama-sama kita nantikan sama ada iMac akan datang bakal menyertakan rekaan skrin bertakuk atau sebaliknya.