Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan aksi comel harimau ini, di Zoo Negara. - Gambar Sairien Nafis
Selepas ditutup lebih empat bulan, Zoo Negara kini dibuka semula sejak 1 Oktober lalu.
Semasa Zoo Negara ditutup akibat penularan COVID-19, pihak pengurusannya telah menganjurkan lawatan secara maya kepada orang ramai.
Namun melihat binatang secara bersemuka berbanding melihatnya menerusi dalam talian, tentulah tidak sama.
Kini, dengan peluang yang ada, selepas kerajaan melonggarkan sekatan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melawat Zoo Negara.
Jurufoto Sairien Nafis dan Azim Abd Rahman mengadakan tinjauan di Zoo Negara, sempena cuti hujung minggu.
Tahukah anda, terdapat program ‘Adopt An Animal’ yang dilaksanakan Zoo Negara bagi mendapatkan sokongan kewangan untuk memelihara binatang?
Kesempatan cuti hujung minggu digunakan oleh bapa ini untuk membawa anak-anaknya melawat Zoo Negara.
Zoo Negara menetapkan pengunjung perlu melengkapkan 2 dos suntikan vaksin dengan dos kedua melebihi 14 hari.
Kuda Padi turut menjadi tarikan pengunjung di Zoo Negara.
Orang ramai boleh memberi makan kepada binatang di Zoo Negara pada waktu yang ditetapkan.
Salah satu tarikan di Zoo Negara ialah Tram Rides, yang disediakan kepada pengunjung pada kadar yang ditetapkan.
Zoo Negara dibuka semula sejak 1 Oktober lalu, dengan waktu operasi yang ditetapkan ialah antara 8 pagi hingga 5 petang.