Filem Shang-Chi dan Jungle Cruise akan tiba di Disney+ Hotstar pada 12 November

EntertainmentMovie
27 Oct 2021 • 4:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Hari Disney+ Hotstar akan disambut di Malaysia pada 12 November 2021, di mana ia sebahagian daripada sambutan Hari Disney+ oleh Walt Disney di seluruh dunia. Beberapa acara eksklusif dan menarik akan berlaku pada sambutan ini yang pastinya akan menarik perhatian peminat.

Paling utama, pelanggan Disney+ Hotstar akan dapat menikmati kandungan baharu serta program eksklusif daripada jenama-jenama ikonik, iaitu Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan Star.

Antara kandungan perdana yang akan tiba di Malaysia pada Hari Disney+ Hotstar adalah:

  • Filem Marvel: Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings
  • Filem Disney: Jungle Cruise
  • Filem Disney+ Original: Home Sweet Home Alone
  • Siri pendek Walt Disney: Olaf Presents
  • Filem Pendek Pixar: Ciao Alberto
  • Siri National Geographic: Musim 2 "The World According to Jeff Goldblum"

Selain itu, Disney+ Hotstar turut akan menyiarkan rancangan khusus yang meraikan asal usul dan legasi pemburu bayaran legenda Star Wars bernama Boba Fett, dan rancangan khusus yang meraikan Marvel Cinematic Universe di Disney+ Hotstar yang memberikan gambaran sepintas lalu tentang program-program akan datang.

Pelanggan juga bakal dihiburkan dengan sambutan Hari Disney+ di Disney+ Hotstar buat julung kali, yang merangkumi berita gempar, sedutan filem, treler baharu, klip eksklusif dan penampilan barisan pencipta serta bintang daripada Disney+.

image is not available

Jika anda belum melanggan Disney+ Hotstar, anda boleh melakukannya dengan melayari portal Disney+ Hotstar Malaysia. Hanya ada satu pelan disediakan, berharga RM54.90 untuk 3 bulan. Tetapi jika anda pelanggan pek Movie Astro, anda boleh menebus pendaftaran percuma di sini.

Bacaan Berkaitan

Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

Disney+ Hotstar Malaysia: Ultra HD 4K, sokongan peranti dan cara membayar langganan

Pek Movie Astro naik harga untuk tambah akses ke Disney+ Hotstar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved