Shopee Mula Sembunyikan Nombor Telefon Pelanggan Pada Bungkusan Kurier – Lebih Menjaga Privasi Pengguna

TechnologyDigital
22 Oct 2021 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nombor telefon merupakan salah satu perkara yang peribadi, dan pada hari ini, terdapat beberapa kes penipuan melibatkan nombor telefon pengguna. Kini, dalam usaha menjaga privasi pengguna, pihak Shopee mula tidak memaparkan nombor telefon pelanggan pada bungkusan kurier.

image is not available

Buat masa ini, Shopee telah membuang paparan nombor telefon pada bungkusan daripada pihak J&T Express dan juga Ninja Van. Sementara untuk bungkusan kurier Poslaju dan City-Link, nombor telefon akan terus dipaparkan buat masa ini.

Dengan langkah ini, ia akan lebih melindungi privasi pengguna dan mengelak paparan nombor telefon pengguna pada bungkusan kurier yang dihantar.

Melalui laman khas yang disediakan, Shopee menerangkan yang mana kakitangan kurier masih dapat melihat nombor telefon pembeli melalui sistem sekiranya ingin menghubungi pembeli utuk tujuan penghantaran.