Jangkitan sedikit naik, catat 7,276 kes hari ini

12 Oct 2021 • 2:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 OKT: Jangkitan baharu Covid-19 sedikit meningkat hari ini kepada 7,276 kes berbanding 6,709 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan angka direkodkan itu menyaksikan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,353,579 kes.

Semalam, jangkitan seluruh negara menunjukkan penurunan dalam tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes dilaporkan.

Manakala jumlah kes sembuh pula mencatatkan 10,833 menjadikan angka keseluruhan 2,206,502 kes.

 

The post Jangkitan sedikit naik, catat 7,276 kes hari ini appeared first on Selangorkini.