“Kadar Vaksinasi Remaja Terpantas Di Dunia” – KJ

22 Oct 2021 • 2:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
vaksinasi remaja

Pada 8 September 2021, program vaksinasi terhadap remaja berumur 12 sehingga 17 tahun telah dijalankan. Mereka telah menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer.

BACA: Seramai 1.4 Juta Remaja 12 Hingga 17 Tahun Telah Menerima Suntikan Vaksin

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Malaysia kini telah menjadi antara negara terpantas di dunia dalam pemberian suntikan vaksin kepada remaja.

80 peratus terima dos pertama

image is not available

Ujar beliau, dalam tempoh kurang dari dua bulan, 80 peratus daripada populasi remaja sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksinasi.

Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.

Salah satu pemberian vaksin Covid-19 remaja terpantas di dunia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama Dr Noor Azmi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).

Menurut CovidNow, 43.4 peratus atau seramai 1,367,216 remaja telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksin Covid-19. Di laman CovidNow juga menganggarkan untuk Malaysia mencapai 80 peratus kadar populasi remaja lengkap dua dos vaksin pada 19 November 2021, iaitu lagi 28 hari.

image is not available

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kadar populasi tertinggi remaja lengkap vaksin dengan 65.7 peratus, diikuti Sarawak, 61.2 peratus dan Kedah 57.1 peratus.

image is not available

Negeri yang berada di tangga terbawah pula adalah Lembah Klang, dengan populasi sebanyak 28.8 peratus, Negeri Sembilan 36.6 peratus dan Johor 37.7 peratus.

Kredit: CovidNow , Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

The post “Kadar Vaksinasi Remaja Terpantas Di Dunia” – KJ appeared first on Oh! Media.