1,500 Permaidani Disanitasi Setiap Minggu Di Masjidil Haram

30 Oct 2021 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pusat ini digerakkan oleh sepasukan pakar yang bekerja bagi memastikan pembersihan permaidani memenuhi piawaian yang ditetapkan. - Gambar SPA

Mekkah - sebanyak 1,500 permaidani di Masjidil Haram telah dicuci setiap minggu bagi memastikan ia memenuhi piawai yang ditetapkan selain memelihara keselamatan jemaah.

Selain membasuh permaidani, turut dilakukan ialah operasi membersih, sanitasi dan mewangikan permaidani yang dijalankan sepanjang waktu, lapor Arab News.

Menurut pengarah jabatan sanitasi dan permaidani Masjidil Haram, Jaber Al-Wadaani, dengan usaha dan sokongan daripada kerajaan, untuk berkhidmat kepada jemaah, sebuah pusat pembersihan khusus untuk permaidani di Kudai dibina, dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi terkini.

Pusat berkenaan mempunyai sepasukan pakar yang bekerja keras bagi memastikan aspek pembersihan memenuhi piawaiannya dan memastikan permaidani dikembalikan ke masjid tanpa sebarang kecacatan.

''Selain itu, Masjidil Haram turut menyertakan mesin untuk membersihkan permaidani,'' katanya.