Instagram Akan Perkenal Ciri “Berehat” – Galak Remaja Berhenti Guna Instagram Sementara

TechnologyDigital
16 Oct 2021 • 11:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram merupakan salah satu laman sosial popular yang memfokuskan kepada perkongsian gambar dan video. Dari hari ke hari, lebih ramai remaja yang aktif di Instagram – sekaligus membawa kepada ketagihan dan kesan yang tidak baik akibat penggunaan yang lama.

Selari dengannya, kini pihak Instagram mengatakan kelak mereka akan memperkenalkan ciri “Take A Break” atau “Berehat Sebentar” yang akan mengalakkan pengguna terutamanya remaja untuk berhenti menggunakan aplikasi sosial berkenaan untuk sementara.

Untuk makluman, sebelum ini Instagram sedia memaparkan notifikasi sekiranya kita telah melihat pelbagai perkongsian – namun ia seperti tidak dipaparkan lagi akhir-akhir ini.

image is not available

Instagram dan Facebook akhir-akhir ini menjadi fokus ramai, termasuk kesan media sosial berkenaan dikatakan membawa impak tidak baik terhadap kesihatan pengguna remaja.