Siri Peranti ASUS ZenFone Dan ROG Phone Akan Menerima Kemaskini Android 12 Bermula Penghujung Tahun Ini

TechnologyDigital
26 Oct 2021 • 6:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google baru-baru ini telah memperkenalkan sistem operasi Android 12 terbaru mereka yang memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru dan juga kemaskini keselamatan yang memastikan peranti-peranti anda sentiasa selamat dan selesa digunakan.

ASUS hari ini mengesahkan bahawa sejumlah peranti pintar mereka, termasuklah siri ASUS ZenFone 7 dan 8 dan juga ASUS ROG Phone 3 dan 5 akan menerima kemaskini sistem operasi tersebut bermula penghujung tahun ini.

image is not available

Bermula dengan siri ASUS ZenFone, ASUS ZenFone 8 dan ZenFone 8 Flip akan mula menerima kemaskini Android 12 pada bulan Disember kelak, manakala siri ASUS ZenFone 7 dan ZenFone 7 Pro akan menerima kemaskini tersebut pada separuh pertama 2022 kelak.

Untuk siri ASUS ROG Phone pula, siri peranti ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s akan mula menerima kemaskini Android 12 pada suku pertama 2022, manakala siri peranti ROG Phone 3 akan menerima kemaskini sistem operasi tersebut pada separuh pertama 2022.

image is not available

Untuk peranti ZenFone khususnya, selain daripada kemaskini sistem operasi dan fungsi, antaramuka ZenUI peranti-peranti ini juga akan menerima kemaskini baru untuk menunjukkan penggunaan UI yang memiripi antaramuka stock Android.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved