Google Lancar Pixel 6 Dan 6 Pro Secara Rasmi Dengan Cip Google Tensor

Digital
21 Oct 2021 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Google

Menerusi acara Pixel Fall Launch, Google secara rasminya mengumumkan telefon pintar generasi terbaru mereka iaitu Pixel 6 dan 6 Pro. Ada yang berminat dengan telefon pintar jenama ini?

Seperti yang dijangka, kedua-dua model terbaru ini dilengkapi dengan cip pemprosesan mereka sendiri iaitu Google Tensor 5nm octa-core. Untuk rekaan, kedua-duanya hadir dengan rekaan yang sama.

Google Pixel 6 Pro

image is not available

Bagi model ini, ia didatangkan dengan skrin sebesar 6.7 inchi LTPO OLED dengan paparan 120Hz yang dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.

Ia dilengkapi dengan storan dalaman sehingga 512GB dan RAM sehingga 12GB. Kebesaran bateri pula hadir dengan 5,003mAh kapasiti yang dilengkapi dengan 30w pengecasan pantas. 

Untuk kamera, Pixel 6 Pro ini didatangkan dengan tiga kamera dengan sensor GN1 50MP , 12MP sudut ultra lebar dan 48MP telefoto.

Google Pixel 6

image is not available

Bagi model ini pula, ia didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci OLED dengan paparan 90Hz yang turut dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.

Ia dilengkapi dengan storan dalaman sehingga 256GB dan RAM sehingga 8GB. Kebesaran bateri pula hadir dengan 4,614mAh kapasiti yang dilengkapi dengan 30w pengecasan pantas. 

Untuk kamera, Pixel 6 ini didatangkan dengan dua kamera dengan sensor 50MP sudut ultra lebar dan 12MP telefoto.

image is not available

Bagi sesiapa yang berminat, Google 6 Pro akan dijual bermula harga RM3,734 manakala Pixel 6 pula dijual bermula RM2,478. Walaubagaimanapun, belum diketahui lagi bila telefon pintar terbaru dari Google ini akan masuk ke pasaran Malaysia. Sama-samalah kita tunggu ya.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Google Lancar Pixel 6 Dan 6 Pro Secara Rasmi Dengan Cip Google Tensor appeared first on Oh! Media.