Rujuk peta digital daripada Air Selangor ini untuk tahu perkembangan situasi Henti Tugas

13 Oct 2021 • 5:19 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pihak Air Selangor telah menyediakan satu laman web interaktif bagi melaporkan status pemulihan bekalan air disebabkan kerja penyelenggaraan kritikal ke atas Loji Rawatan Air Fasa 1 Sungai Selangor (SSP1 WTP).

Apabila anda ke laman web tersebut, anda akan dihidangkan dengan satu peta yang boleh dizum masuk ataupun keluar. Di atas map tersebut dipaparkan parameter-parameter kawasan yang terlibat dengan gangguan berkalan air berjadual akibat kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

image is not available

Antara maklumat yang dikongsikan adalah seperti:

  • Kawasan yang terjejas
  • Anggaran waktu pemulihan
  • Anggaran tempoh pemulihan
  • Peratus pulih

Ini adalah satu inisiatif yang baik bagi memastikan klien-klien mereka sentiasa dimaklumkan tentang perkembangan semasa. Diharapkan laman ini akan sentiasa ada bagi pelaporan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan datang.

Setakat jam 12:55pm 13 Oktober 2021, kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan asset kritikal Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 sudah mencapai 40.4% siap.