Anker Menyertai Pasaran Cermin Mata Pintar Dengan Soundcore Frames

TechnologyDigital
15 Oct 2021 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker Soundcore Frames telah dilancarkan pagi tadi sebagai cermin mata pintar yang ditawarkan dalam 10 rekaan yang boleh ditukar ganti. Seperti cermin mata pintar Huawei x Gentle Monster, Anker Soundcore Frames dilengkapi speaker, mikrofon dan sistem kawalan audio terbina pada tangkai.

image is not available

Ia tidak mempunyai sebarang kamera tetapi mempunyai 10 pilihan bingkai dan lensa yang boleh ditukar ganti mengikut situasi pemakaian. Empat buat pembesar suara terbina pada tangkai menawarkan audio menyeluruh dengan dua mikrofon pula boleh digunakan untuk melakukan panggilan suara.

image is not available

Dengan sekali caj Anker Soundcore Frames boleh beroperasi sehingga 5.5 jam. Tidak perlu risau mengenai ia rosak akibat hujan kerana cermin mata ini melepasi piawaian IPX4. Anker Soundcore Frames akan mula dijual bermula November hadapan pada harga $200 (~RM830) sepasang.

View Original Article