Facebook Ingin Memfokuskan Pengguna Muda – Akan Lebihkan Kandungan Video, Alam Meta

TechnologyDigital
26 Oct 2021 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mark Zuckerberg kini mengatakan mereka akan mengoptimasikan Facebook dalam memfokuskan lebih kepada pengguna muda – bagi mereka yang berusia antara umur 18 tahun ke 29 tahun.

Zuckerberg mengatakan untuk dekad yang lepas, Facebook telah berkembang dengan pesat, dan mereka memfokuskan kepada semua golongan pengguna. Namun, ini memberikan kesan dalam menarik pengguna baharu ke platform mereka.

Dengan fokus baharu ini, ia mungkin membuatkan golongan pengguna lain berkembang dengan sedikit perlahan. Langkah Mark Zuckerberg ini adalah dilihat dalam memastikan Facebook kekal relevan dikalangan pengguna muda masa kini dan akan datang. Perubahan baharu ini dijangka akan mengambil masa yang agak lama.

image is not available

Sebagai langkah awal untuknya, Facebook dan Instagram dijangka akan lebih memfokuskan kepada kandungan video. Instagram sendiri sedia memberikan lebih penekanan kepada kandungan Reels – sebagai pesaing kepada TikTok.

Pada masa yang sama, Zuckerberg turut bercakap mengenai pesaing terdekat mereka yang berkembang pesat – termasuk iMessage daripada Apple, selainn TikTok yang dikatakan sebagai pesaing efektif untuk Facebook setakat ini.

Selain video, Facebook juga kini dilihat lebih memfokuskan kepada arena alam meta – yang dikatakan bakal menggantikan arena peranti mudah-alih seperti yang kita kenali pada hari ini.