Oppo A16k Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM549

TechnologyDigital
10 Nov 2021 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo A16k merupakan sebuah peranti yang menggunakan cip MediaTek Helio G35. Ia telah dilancarkan terlebih dahulu di Filipina sekitar awal November lalu. Dalam perkembangan terkini, ia mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pula.

image is not available

Bagi yang berminat, Oppo A16k dijual pada harga RM549 dengan dua pilihan warna seperti Black dan Blue. Ia akan tersedia tidak lama lagi menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian rasmi Oppo, Shopee dan Lazada.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A16k menampilkan skrin berukuran 6.52-inci LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan memori 3GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 32GB (eMMC 5.1) dan bateri sebesar 4,230mAh.

image is not available

Seterusnya, ia turut dilengkapi kamera utama tunggal dengan sensor 13MP. Manakala, kamera hadapan pula adalah 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm, port sambungan microUSB, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Beli :

Beli :

Beli :

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved