Huawei Malaysia akan lancar “gincu” dan jam pintar tidak lama lagi

Digital
16 Nov 2021 • 11:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei telah melancarkan jam pintar Huawei Watch GT 3 di peringkat Asia Pasifik pada bulan lepas. Kini, ia disahkan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Huawei turut menyatakan akan melancarkan satu lagi produk dengan rupa seperti gincu, iaitu Huawei FreeBuds Lipstick.

Maklumat lanjut mengenai ketibaan jam pintar Watch GT 3 dan fon telinga FreeBuds Lipstick, akan diketahui pada hari Sabtu, 20 November 2021. Nampak seperti tiada majlis pelancaran pada hari tersebut, sebaliknya akan diumumkan secara terus harga dan tarikh jualan.

image is not available

Huawei Watch GT 3

Ini adalah jam pintar premium dengan rekaan bulat dan butang berputar digital. Di hadapan, Watch GT 3 kelihatan berbeza dengan Watch 3 Pro yang dilancarkan bulan Jun lepas, dengan dua saiz iaitu 46mm (skrin 1.43-inci) dan 42mm (skrin 1.32-inci).

image is not available

Sistem operasi Harmony OS 2 menjadi tunjang belakang jam ini, menyediakan penjejakan kecergasan dan kesihatan canggih sepanjang masa. Huawei menyatakan hayat bateri panjang di jam pintar ini, sehingga 2 minggu.

Huawei FreeBuds Lipstick

Menggabungkan teknologi dan fesyen, maka lahirlah fon telinga TWS FreeBuds Lipstick. Ia mempamerkan gaya mewah wanita, di dalam bekas gincu berwarna hitam dan emas. Fon telinga berwarna merah di dalamnya, melengkapkan rupa gincu di dalam bekas.

image is not available

FreeBuds Lipstick adalah fon telinga yang dilengkapi penyaring hingar aktif (ANC). Ia memiliki teknologi Adaptive Ear Matching (AEM), memberikan sistem bunyi yang mengasyikkan dan berkualiti tinggi.

Fon telinga ini juga boleh dipadankan bersama Huawei Watch GT 3 untuk penggunaan tanpa peranti, bagi mengawal lagu terus dari muka jam pintar. Pengecasan dilakukan secara berwayar, menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan wayarles.

image is not available

Hayat baterinya dengan ANC aktif, boleh memainkan lagu sehingga 2.5 jam di buds dan 14 jam bersama bekas pengecas. Manakala tanpa ANC, ia mampu bermain lagu sehingga 4 jam di buds dan 22 jam bersama bekas pengecas.

Bacaan Berkaitan