Xiaomi Mungkin Memperkenalkan Siri Xiaomi 12 Pada Penghujung Disember

TechnologyDigital
28 Nov 2021 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pihak Qualcomm sedia menjadualkan acara Snapdragon Tech Summit pada minggu ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan cip mercu terbaru – Snapdragon 8 Gen 1. Selari dengannya, pelbagai pengeluar bakal memperkenalkan peranti menggunakan cip berkenaan dalam bulan-bulan akan datang.

image is not available

Xiaomi yang sebelum ini menjadi terawal memperkenalkan telefon pintar dengan cip mercu Snapdragon, kini diperkatakan akan hanya memperkenalkan telefon pintar Xiaomi 12 pada penghujung Disember kelak.

Ia tidak diketahui sebab disebaliknya, tetapi perkara ini menjadikan Xiaomi mungkin bukan jenama pertama menawarkan peranti dengan cip mercu terbaru Snapdragon.

Sebaliknya, kini ia diperkatakan Motorola mungkin menjadi terawal memperkenalkan penawaran mereka, dikenali Moto Edge X.