98 Monumen Terkenal Dunia Boleh Dilihat Secara 3D AR Menerusi Google Search

TechnologyDigital
30 Nov 2021 • 7:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Search menawarkan haiwan dan atlet Olimpik dalam bentuk 3D dan secara realiti terimbuh (AR) sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan teknologi ini, saiz sebenar haiwan yang sukar dilihat di hadapan mata boleh dilihat terus dari peranti pintar. Kini Google Search menambah pula sokongan melihat 98 monumen ternama dunia dalam bentuk 3D AR.

image is not available

Antara monumen yang diberikan ialah Menara Eiffel, London Eye, Big Ben, Versailles dan banyak lagi. Pengguna hanya perlu melalukan carian monumen di Google Search untuk mencuba ciri ini. Jika terdapat model 3D, ia akan dipaparkan pada skrin pertama. Tekan butang View in 3D untuk melihat dan memanipulasi model tersebut di dalam peranti atau dipancarkan ke dunia sebenar menggunakan teknologi AR. Ciri ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS hari ini.

Senarai lengkap 98 monumen yang ditawarkan ialah Big Ben, Eiffel Tower, Parthenon, Tokyo Skytree, Louvre Museum, Arc de Triomphe, Basilica of Santa Maria Novella, Brooklyn Bridge, Castle of Good Hope, Columbus Monument, Empire State Building, Golden Gate Bridge, Leaning Tower of Pisa, London Eye, Mount Rushmore National Memorial, National Palace, One World Trade Center, Palace of Versailles, Rhodes Memorial, Stonehenge, Tokyo National Museum, Trafalgar Square, Westminster Abbey, Yoyogi National Stadium, dan Zojoji.

Sumber 9to5Google