AirPods 3 mula boleh didapatkan di Malaysia

Digital
19 Nov 2021 • 11:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda sedang cari TWS untuk dibeli, Apple ada opsyen baru yang boleh anda pertimbangkan. Laman web Apple Malaysia sudahpun mula menjual AirPods 3 dan lebih menarik, tempoh penghantarannya tidaklah selama kain pengelap kerana anda boleh dapatkannya dalam tempoh 1 hari bekerja selepas tempahan.

Harga AirPods 3 di Malaysia

AirPods 3 memiliki tanda harga RM829 seunit. Tapi sekiranya ia berada di luar bajet, Apple sudahpun menurutnkan harga AirPods 2 kepada RM589. Untuk pilihan lebih premium, AirPods Pro boleh didapati pada harga RM1,099.

image is not available

Apa yang menarik dengan AirPods 3?

AirPods 3 mempunyai fizikaliti lebih menyerupai AirPods 3 terutamanya pada bahagian bekasnya. Namun, spesifikai teknikalnya lebih hampir dengan AirPods 2 kecuali ia ada audio spatial, sama seperti Airpods Pro.

image is not available

Yang tidak diwarisi daripada versi Pro oleh AirPods 3 adalah penyaring hingar aktif tapi hayat baterinya adalah yang paling panjang dalam kalangan tiga beradik itu dan ia menyokong pengecasan MagSafe.

Bacaan berkaitan