Netflix kini ada di Astro Ultrabox, langganan diberi percuma untuk pelanggan 2 pek ini

Digital
9 Nov 2021 • 6:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang dikongsi secara halus beberapa hari yang lalu, hari ini Astro mengumumkan Netflix kini boleh ditonton di Astro Ultra Box. Pengumuman ini disekalikan dengan kemas kini terhadap penawaran mereka.

Ada 2 pek langganan yang melayakkan anda menerima Netflix percuma iaitu:

  • Platinum Pack
  • Entertainment Pack

image is not available

Netflix yang diberikan secara percuma ini adalah akaun standard tanpa sokongan 4K UHD dan boleh ditonton 2 skrin serentak. Kalau anda perlukan 4K UHD dan ingin menonton di 4 skrin serentak, naik taraf ditawarkan pada harga RM9.43/bulan.

image is not available

Platinum Pack adalah pakej paling premium ditawarkan Astro setakat ini. Pada harga serendah RM194.99 anda terima akses kepada hampir semua saluran kecuali Sports Extra yang dalamnya terkandung saluran WWE, Golf, Astro Cricket, dan Rugby Pass TV. Selain Platinum Pack, anda ada 5 pek lain pada harga lebih murah untuk disuaikan dengan keperluan anda.

image is not available
Penawaran Astro terbaharu (tekan untuk perbesar)

Untuk mengakses Netflix di Ultra Box, anda boleh pergi ke tab APP di halaman UI Astro Ultra Box ataupun pergi ke saluran 741. Buat pengguna Ultra Box dengan alat kawalan lebih baharu, terdapat butang khas Netflix untuk anda lancarkannya.

image is not available