Moto Watch 100 Diperkenalkan – Hadir Dengan Moto Watch OS

TechnologyDigital
17 Nov 2021 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jenama Moto untuk jam tangan pintar telah diambil-alih oleh syarikat eBuyNow, yang mana kini di bawah CE Brands Inc. Mereka telah merancang untuk melancarkan beberapa jam tangan pintar dengan jenama ini selepas mengembalikan Moto 360 dua tahun lepas.

Kini, Moto Watch 100 telah disenaraikan di laman web rasmi mereka dan ianya bukanlah jam tangan pintar Wear OS seperti yang ramai harapkan. Sebaliknya hanyalah jam tangan pintar asas dengan sistem operasi tersendiri Moto Watch OS.

image is not available

Jam ini hadir dengan skrin 1.3-inci LCD dengan sokongan Always-On Display, kerangka adalah daripada bahan aluminium bersaiz 42mm, menggunakan sistem penjejakan lokasi GPS, GLONASS dan BeiDou, Bluetooth 5.0, bateri 355mAh yang bertahan sehingga dua minggu dengan oengecasan pantas yang boleh mengecas sehingga penuh dalam masa satu jam, serta perlindungan air 5ATM.

image is not available

Moto Watch OS yang digunakan menawarkan 26 mod sukan, pemantauan tidur, imbasan nadi dan SpO2, dan hadir dengan fungsi-fungsi asas jam tangan pintar. Ia turut hadir dengan aplikasi tersendiri untuk kawalan dan menyemak data yang telah direkodkan serta mempunyai beberapa widget untuk memudahkan pengguna terus lihat data terus dari jam.

image is not available

Harga jualan adalah $99.99, iaitu sekitar RM418 dengan pilihan warna Galcier Silver atau Phantom Black. Jam ini ditawarkan khusus untuk pengguna Android dan turut akan menyokong iOS pada Disember akan datang. Tidak pasti sama ada ia akan ditawarkan di peringkat global atau di pasaran terpilih.