Yonnyboii Selamat Bernikah Dengan Nik Nazira Sabtu Lalu

Entertainment
26 Nov 2021 • 12:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Penyanyi popular, Yonnyboii membuat kejutan apabila mengumumkan telah berkahwin dengan tunangnya iaitu Nik Nazira pada 20 November lalu. 

Menerusi satu hantaran di akaun media sosial, penyanyi lagu 'Sakit' itu telah memuatnaik gambarnya bersama isteri dalam persalinan baju pengantin. 

"Bismillahirahmannirahim. Hai isteri," tulisnya di bahagian kapsyen.

        View this post on Instagram                      

A post shared by 👑 (@yonnyboii)

Sementara itu, Nik Nazira juga turut berkongsi foto pernikahan mereka di akaun media sosialnya.

" Saya telah bernikah dengan teman baik saya. Kami telah mengadakan majlis nikah secara intim bersama keluarga terdekat. Jumpa anda semua pada majlis sanding tahun hadapan," tulisnya di bahagian kapsyen.

Yonny atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, telah bertunang dengan Nik Nazira Narriman, 22, yang merupakan pempengaruh media sosial dan pemain sukan digital pada 9 Oktober lalu selepas setahun berkenalan. - Getaran, 26 November 2021

image is not available

Gambar: Instagram @yonnyboii dan @niknazira