Asal vegetarian, peminat risau Youtuber mukbang ekstrem kini obes, terpaksa pakai alat bantu pernafasan

3 Nov 2021 • 6:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MUKBANG ialah istilah Korea yang merujuk kepada perbuatan makan banyak makanan sambil berbual dengan penonton secara langsung. Ia mula popular pada tahun 2010.

Nikocado Avocado atau nama sebenarnya Nicholas Perry ialah YouTuber mukbang Amerika Syarikat yang cukup popular.

Content creator kelahiran Ukraine berusia 29 tahun itu sering menampilkan aksi dramatik komedi semasa merakam video mukbang menyebabkan video terbarunya dinanti-nantikan.

Menerusi lima saluran YouTube, Niko yang memulakan video di Youtube pada tahun 2014 kini sudah mengumpul 5.3 juta pengguna yang melanggan dan meraih 1.15 bilion tontonan.

Netizen risaukan kesihatan fizikal dan mentalnya. Lebih-lebih lagi hidangan mukbang dimakan Niko terdiri daripada makanan segera yang terlampau besar saiz sajiannya.

image is not available
Ketika baru memulakan saluran Youtube, Niko hanya menampilkan sajian vegetarian.

Niko difahamkan menerima rawatan intervensi dan sesi terapi ketika berusia lima tahun.

Dia kemudian disahkan mengalami kemurungan dan terpaksa mengambil ubat antidepresan ketika mencecah umur tujuh tahun.

Menjelang usia remaja, Niko didiagnos Sindrom Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Berat badannya naik dengan mendadak iaitu daripada 68 kilogram (kg) kepada 150kg.

Kebimbangan para peminatnya bermula apabila Niko patah tiga tulang rusuk semasa merakamkan video mukbang. Insiden itu menyebabkan dia terlantar.

image is not available

Walaupun telah sembuh, dia dilihat masih menggunakan alat bantu pernafasan.

Malah beberapa tahun kebelakangan ini Niko kerap memuatnaik video yang memperlihatkan dia  sedang 'berjuang' dengan kesihatan mentalnya.

image is not available

Mudah-mudahan, YouTuber itu dapat mencari cara yang lebih sihat dalam mencipta kandungan yang disukainya dan mendapatkan bantuan profesional berkaitan kesihatan mentalnya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Insider, Dexerto