Anda Ada Plan Bercuti Ke Pantai Tak Lama Lagi? Hati-Hati Dengan Fenomena Air Pasang Besar!

1 Nov 2021 • 2:33 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bagi anda yang mungkin telah mempunyai rancangan untuk bercuti beberapa hari lagi terutama di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Johor -- ini ada satu peringatan khusus buat anda!

Mulai 4 November ini sehingga 7 November dijangka berlaku fenomena air pasang besar yang akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.

Keempat-empat negeri terbabit dikatakan berisiko mengalami banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

image is not available

Peringatan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali.

Menurut Nor Hisham kawasan terlibat di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Oleh itu, orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca.

image is not available

Selain itu, mana-mana pengunjung pantai turut dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi sepanjang 4 hari tarikh tersebut.