Promo produk Garmin berjalan hingga 28 November 2021, diskaun sehingga 18%

Digital
12 Nov 2021 • 4:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Garmin Malaysia sedang jalankan promo menarik ke atas produk mereka. Ada beberapa produk yang menerima potongan harga sehingga 18% dan ia berlangsung sehingga 28 November 2021. Berikut adalah senarai potongan harga yang boleh anda manfaatkan.

image is not available

Siri Garmin Forerunner dikhususkan untuk anda yang aktif dan ingin merekodkan aktiviti sukan seharian anda. Ia lebih mampu milik berbanding siri Fenix yang berada dalam kategori premium.

image is not available

Garmin Venu Sq lebih terarah kepada pengguna yang ingin menggayakan jam secara kasual. Walaupun rupanya kasual, ia tetap sarat dengan ciri-ciri canggih.

image is not available

Garmin Edge pula ditujukan pada penggemar sukan berbasikal. Ia bukanlah sebuah jam tangan tapi gajet penjejak dengan fungsi navigasi arah demi arah yang boleh ditambat pada basikal.

image is not available

Garmin ada kehadiran dalam talian di Shopee ataupun anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk mereka di laman rasmi.