
Selangor akan membangunkan dompet digital negeri pada awal tahun depan dan ianya telah dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2022 baru-baru ini.
Hal ini akan mempergiatkan rakyat dan warga PKS untuk menggunakan kesemua perkhidmatan urusan kerajaan negeri Selangor secara ‘cashless’ dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari.
Untuk pengetahuan, kerajaan telahpun menubuhkan sebuah syarikat, Selangor E-Wallet Sdn bhd yang kini melaksanakan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk mendapatkan lesen daripda Bank Negara Malaysia (BNM).
Apapun, pelaksanaan dompet digital ini merupakan salah satu benda yang menarik dan secara tak langsung kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.
Diharapkan agar kita semua terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan ya.
Kredit: rnggt
The post Selangor Bakal Ada Dompet Digital Negeri Tak Lama Lagi? appeared first on Oh! Media.
