Menteri Komunikasi dan Telekomunikasi Malaysia, kini sekali lagi menyatakan yang mana kerajaan menyasarkan untuk memberikan perkhidmatan 5G yang lebih murah berbanding 4G.
Hal ini selari dengan kaedah kerajaan yang menggunakan DNB untuk pengurusan infrastruktur – sekaligus mengurangkan kos yang ditanggung syarikat telekomunikasi berbanding kebiasaan.
Menjawab soalan yang diutarakan oleh MP Lembah Pantai, sasaran kita adalah untuk memberi perkhidmatan 5G yang lebih murah berbanding 4G. Jika kita menggunakan pendekatan lelongan, maka pengguna akan dicaj dengan harga lelongan lalu menyebabkan mereka menanggung kos yang tinggi. pic.twitter.com/DCTfzKPtLt
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penawara pihak syarikat telekomunikasi kepada pengguna umum dalam mengurangkan harga – sama ada dari segi pelan yang lebih berbaloi, atau dari segi penawaran data dan perkhidmatan tambahan.
Kerajaan dijangka memperkenalkan perkhidmatan 5G seawal Disember 2021 ini, di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya – sebelum diperluaskan kepada semua kawasan lain secara berperingkat.


