Sekitar 5 Juta Serangan Menyasarkan Android Dilihat Berlaku Setiap Bulan

TechnologyDigital
4 Nov 2021 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Craig Federighi dari Apple, pada hari ini telah menghadirkan diri ke acara Web Summit 2021, sekaiigus berkongsi beberapa perkara berkaitan dengan sekuriti.

Pada pembentangan beliau, ia dipetik mengatakan terdapat sekitar 5 juta serangan melibatkan peranti Android setiap bulan.

image is not available

Antara sebab yang dikaitkan adalah kerana faktor pengesahan aplikasi di kedai aplikasi rasmi, selain keterbukaan ciri sideloading yang memudahkan sesiapa memasang aplikasi yang tidak disahkan.

Craig Federighi mengatakan Apple mengambil berat perkara ini, dan setiap aplikasi diuji dan pengguna iPhone hanya  boleh memasang aplikasi melalui AppStore sahaja – sekaligus memastikan keselamatan pengguna sering terjaga.

Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi memperlihatkan iOS hanya menerima sejumlah kecil serangan perisian hasad sahaja, jikalau dibandingkan dengan Android dan Windows yang memperlihatkan serangan berkali-ganda lebih tinggi.

View Original Article