5 Tempat Shopping Menarik di Nilai 3, Negeri Sembilan

Travel
23 Nov 2021 • 1:00 PM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Bila sebut sahaja Nilai, pasti ramai yang terkenangkan Nilai 3. Ada apa yang menarik sangat tentang Nilai 3 sehinggakan sering menjadi buah mulut makcik-makcik, para ibu dan anak-anak dara se-Malaysia?

Nilai 3 adalah salah satu pusat membeli-belah yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli barangan secara borong seperti peralatan perkahwinan, produk berasaskan tekstil, perhiasan rumah, perabot dan bermacam-macam lagi.

Pada hari minggu dan cuti-cuti umum, Pusat Membeli-belah Nilai 3 selalunya akan penuh sesak dengan pengunjung yang sanggup datang dari seluruh pelosok negara untuk berbelanja. Kebiasaannya anda boleh melihat deretan bas-bas persiaran di sepanjang tempat meletak kenderaan yang disediakan.

Antara produk yang menjadi tumpuan kaum wanita adalah seperti kain-kain ela, cadar, langsir, karpet dan barangan hiasan rumah. Manakala buat bakal pengantin pula, pastinya aksesori perkahwinan serta cenderahati yang dicari-cari.

Pada artikel kali ini, jom kita tinjau dan bongkar 5 tempat shopping yang menarik yang terdapat di Nilai 3 untuk rujukan bersama. Ikuti perkongsian ini:

1. Carpet Prima Nilai 3

image is not available
Photo by chegu ajak on Google Maps

Carpet Prima adalah kilang dan kedai karpet yang terbesar di Nilai 3. Betul, saiz dan kapasitinya sememangnya persis sebuah kilang. Anda pasti rambang mata melihat koleksi karpet yang dijual sini. Terdapat ratusan jenis karpet yang dijual di sini.

Dari semurah-murah karpet hinggalah yang bertaraf kayangan, semuanya ada di Carpet Prima. Selain karpet, terdapat juga pelbagai barangan lain seperti lantai vinyl, rumput artifisial, tikar buluh, sejadah dan lain-lain.

Malah, boleh dikatakan banyak produk-produk karpet dan lantai vinyl yang dijual secara atas talian datangnya dari Carpet Prima.

Alamat: Carpet Prima, Jalan Mekanikal, Nilai 3, Nilai 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
No Telefon: +6017-3888111

2. ThankQ Nilai 3

image is not available
Photo by ThankQ on Facebook

Buat bakal-bakal pengantin, ThankQ adalah pusat perkahwinan sehentian atau one-stop centre yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Di sini terdapat pelbagai pilihan barangan perkahwinan secara borong untuk hari bahagia anda. Daripada doorgift sehinggalah peralatan pelamin, semuanya ada di ThankQ.

Ramai yang gemar berbelanja di sini kerana ruang kedainya luas dan selesa. Selain tandas yang bersih, ThankQ juga ada menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan Muslim yang berkunjung ke sini.

Alamat: ThankQ, V9 & V10, Nilai 3 Wholesale Centre, No. 231, Jalan Nilai 3/8, Negeri Sembilan, Nilai.
Masa Operasi: 10:00pagi hingga 7:00malam
No. Telefon: +606-7993883

3. Saaka Nilai 3

image is not available
Photo by Saaka Nilai on Google Maps

Jika anda seorang peniaga, pengusaha restoran mahupun suri rumah sepenuh masa; Saaka Nilai adalah salah satu kedai barangan borong yang perlu anda kunjungi.

Selain barangan kelengkapan dapur, terdapat pelbagai jenis peralatan untuk peniagaan seperti pinggan mangkuk, periuk-periuk besar, kerusi meja plastik, khemah dan bermacam-macam lagi barangan yang boleh dibeli secara sedikit mahupun borong.

Harganya pula boleh dikatakan jauh lebih murah dari kedai-kedai lain. Malah anda juga boleh tawar-menawar di sini. Seronok bukan?

Alamat: Plot 13 18 Bintang Walk, Jalan Nilai 3/4, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Masa Operasi: 9.30pagi hingga 9.30malam
No. Telefon: +606-7993324

4. Madam King’s Nilai 3

image is not available
Photo by Madam King’s on Facebook

Pernah viral di Facebook suatu ketika dahulu, Madam King’s juga adalah salah satu lokasi shopping yang perlu ada dalam senarai and jika berpeluang berkunjung ke Nilai 3.

Di sini terkenal dengan pelbagai pilihan pinggan mangkuk bercorak yang viral suatu ketika dahulu dan masih dicari-cari sehingga kini. Dari corak simetri sehinggalah ke bunga batik, semuanya ada di Madam King’s.

Terdapat juga pelbagai set barangan seramik, porcelain, kaca, melanin dan plastik yang dijual di sini.

Alamat: Madam King’s Nilai 3, 148, Jalan Nilai 3/5, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan.
Masa Operasi: 10:00pagi hingga 7:00malam
No. Telefon: +6018-3899252

5. MK Curtain Nilai 3

image is not available
Photo by MK Curtain on Google Maps

Selain karpet, peralatan perkahwinan dan pinggan mangkuk; barangan tekstil seperti langsir juga kerap menjadi buruan para penggunjung Nilai 3. Manakan tidak, dimana-mana sahaja anda boleh melihat kedai-kedai di Nilai 3 yang ada menjual langsir yang boleh ditempah mahupun yang ready-made.

MK Curtain adalah di antara kedai langsir yang terbesar dan terkenal di Pusat Membeli-belah Nilai 3. Berbeza dengan kedai-kedai langsir yang lain, anda akan berasa lebih selesa jika berada di MK Curtain kerana kedainya sangat luas dan besar.

Selain itu, ruang pameran di sini juga jauh lebih baik dimana kualiti dan reka bentuk langsir boleh dilihat dengan lebih jelas. Anda juga boleh bersantai dan berswafoto dengan berlatarbelakangkan mural-mural menarik di ruang rehat yang disediakan.

Alamat: MK Curtain (HQ), PT16689, Jalan Nilai 3/10, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan.
Masa Operasi: 10:00pagi hingga 8:00malam
No. Telefon: +6018-2295000


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.