Google Meningkatkan Pegangan WearOS Kepada 17%, Apple WatchOS Menerajui Dengan 22% Pada S3, 2021

TechnologyDigital
22 Nov 2021 • 11:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Firma penganalisa CounterPoint Research kini telah mengeluarkan laporan dan data terkini untuk arena jam tangan pintar bagi suku ketiga 2021 yang lepas.

Melalui data yang dikongsikan, kini ia dilihat Google terus mengukuhkan pegangan pasaran sistem operasi jam tangan pintar kepada 17% pada suku ketiga 2021, berbanding hanya 4% pada suku kedua 2021 lepas.

image is not available

Perkara ini dapat dicapai dengan pantas oleh Google, selepas melakukan kerjasama dengan Samsung dan menyatukan ia bersama TizenOS.

Tidak mustahil selepas ini Google turut bekerjasama dengan pelbagai pengeluar lain – dan memfokuskan kepada WearOS, sekaligus menjadikan ia sebagai sistem operasi utama untuk jam tangan pintar.

Pada hari ini, arena ini masih diterajui oleh Apple melalui Apple watchOS – dan tidak mustahil Apple terus mengukuhkan kedudukan melalui penawaran jam tangan pintar terbaru mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved