McDonald's bayar zakat RM2 juta

LocalBusiness & Finance
19 Nov 2021 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available

McDonald's Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menunaikan zakat perniagaan terbesar sejak rangkaian restoran khidmat segera itu diambil alih oleh anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd.

Sebanyak RM2 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021 diserahkan kepada 14 negeri dalam Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, di Putrajaya pada Selasa.

image is not available

Menurutnya, pembayaran zakat itu bagi memenuhi tuntutan keagamaan selaras dengan syarikatnya sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam.

image is not available

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald's. Kami berharap sumbangan zakat kepada 14 negeri ini akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara," katanya ketika sidang akhbar pada majlis berkenaan.

image is not available

Fokus halal

McDonald's Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun 2019.

image is not available

"Halal di McDonald's adalah merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi. Audit halal dilakukan oleh McDonald's Malaysia berkali-kali pada setiap tahun dalam memastikan komitmen halalnya.

"Kita menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman sejak 2013 dan mendapat khidmat pakar agama yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Pekerja juga dilatih mengenai halal dan memahami tanggungjawab dalam mematuhi piawaian halal," jelas Azmir.

McDonald's Malaysia adalah antara restoran makanan segera pertama di negara ini yang mendapat pensijilan Halal daripada Jakim.