Calon DUN Bukit Katil, Adly Zahari menaiki skuter untuk menemui pengundi pada PRN Melaka. - Gambar Azim Abd Rahman
Esok, seramai 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pada 16 November lalu, seramai 11,557 pengundi awal dan 7,601 orang mengundi secara pos telah melaksanakan tanggungjawab mereka.
Dengan berbaki kurang 24 jam lagi sebelum 12 tengah malam ini, calon-calon mempergiatkan kempen untuk 'memikat pengundi'.
Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan kempen-kempen mereka menusuk ke dalam hati pengundi.
Jurugambar Getaran, Azim Abd Rahman dan Alif Omar merakamkan aksi-aksi kempen yang dijalankan calon bertanding, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Calon Perikatan Nasional, DUN Kota Laksamana, Karen Fong beramah mesra dengan pekedai di sekitar Bunga Raya.
Calon Pakatan Harapan DUN Kesidang, Allex Seah menyampaikan ceramah menerusi media sosial di Pejabat DAP Melaka.
Memandangkan setiap calon perlu mengikut SOP yang ketat, antara medium yang digunakan calon untuk berkempen adalah menerusi trak.
Seorang warga emas mendengar ucapan yang disampaikan calon yang bertanding pada PRN Melaka menerusi media sosial.
Calon Pakatan Harapan DUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berbual dengan salah seorang pengundi di Pasar Bukit Beruang, Ayer Keroh.
Calon DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sempat beramah mesra bersama penduduk Kampung Durian Daun selepas menunaikan solat.
Calon Barisan Nasional DUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar ditemubual wartawan pada PRN Melaka.