Honda Malaysia Buka Tempahan City Hatchback (2022), Hadir Dengan Dua Varian

Cars
10 Nov 2021 • 4:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
City Hatchback

Honda City Hatchback (2022) kini boleh ditempah di semua rangkaian pengedar dasmi Honda Malaysia. Pergh! Mesti ramai yang lama tunggu kan?

Menurut laporan Pandu Laju, model ini bakal dilancarkan tak lama lagi di Malaysia dan perkara ini telahpun disahkan sendiri Honda Malaysia.

image is not available

Honda City Hatchback ini hadir dengan dua varian iaitu City Hatchback RS e:HEV yang menggunakan enjin hibrid 1.5L Sports i-MMD dengan dua motor elektrik dan City Hatchback versi petrol trenkuasa aspirasi natural (NA) 1.5L DOHC i-VTEC.

image is not available

Untuk enjin hibrid, ia mampu menghasilkan sebanyak 107hp dan tork 253Nm manakala untuk enjin petrol, ia berkuasa 119hp dan tork 145Nm. 

Walaubagaimanapun, harga bagi kedua-dua varian ini masih belum didedahkan lagi. Untuk mengetahui pelbagai spesifikasi bagi model terbaru yang bakal masuk ke Malaysia ini, tunggu masa pelancarannya nanti.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.