Windows lancar komputer untuk pembelajaran bilik darjah, Surface Laptop SE

Digital
11 Nov 2021 • 1:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Surface Laptop SE adalah laptop baharu daripada Windows dengan spesifikasi permulaan. Ia dilihat dikhususkan kepada penggunaan bilik darjah apabila mengetengahkan Microsoft Edge sebagai gerbang untuk mengakses barang-barang pembelajaran, sama seperti pendekatan Chromebook.

image is not available

Sistem operasi yang dijalankan laptop ini adalah Windows 11 SE, versi Windows ringan khas untuk peranti kelas ini. Ia diperkasa Intel Celeron sama ada N4020 ataupun N4120 bersama-sama RAM sehingga 8GB. Panel paparannya biasa sahaja. Ia ada panel TFT sebesar 11.6" pada resolusi 1366×768.

image is not available

Kurang enak didengar adalah ia masih menggunakan storan eMMC seperti yang boleh anda temui pada laptop lagging Surface Go. Storan yang boleh dipilih adalah 64GB ataupun 128GB. Lebih parah, kamera untuk bersidang video cumalah 1MP dan mampu melihat pada resolusi 720p.

image is not available

Port I/O yang diterima pengguna adalah USB-A, USB-C, jek audio 3.5mm. Surface Laptop SE akan mula dijual awal 2022 pada harga:

  • RAM 4GB + storan 64GB USD249 (RM1,036)
  • RAM 8GB + storan 128GB USD329 (RM1,369)

Sumber: Microsoft