31 Syarikat Teknologi Dari EU Mengemukakan Aduan Terhadap Microsoft Kerana Integrasi Teams dan OneDrive

TechnologyDigital
29 Nov 2021 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pengenalan sistem operasi Windows 11, Microsoft dilihat telah mengintegrasi perisian produktiviti Microsoft Teams dan juga storan awan Microsoft OneDrive pada sistem operasi tersebut, dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap sejumlah syarikat-syarikat teknologi di Kesatuan Eropah.

Coalition for A Level Playing Field telah ditubuhkan daripada 31 syarikat teknologi di Kesatuan Eropah yang baru-baru ini dilaporkan telah mengemukakan aduan terhadap Microsoft mengenai integrasi perisian-perisian mereka, mengatakan bahawa perkara tersebut menyebabkan masalah anti-pertandingan.

Menurut Nextcloud, integrasi perisian keluaran Microsoft sendiri pada sistem operasi mereka bermakna bahawa syarikat perisian lain, seperti mereka, Slack, dan sebagainya akan lebih sukar untuk mendapatkan pelanggan kerana pengguna sistem operasi tersebut akan menggunakan perisian yang ditawarkan secara sedia ada dan tidak akan mencari alternatif lain untuk digunakan.

Walaupun secara teknikalnya integrasi perisian Microsoft ini bukanlah sesuatu yang salah, peningkatan penggunaan pasaran yang meningkat ke paras 66 peratus di Kesatuan Eropah, manakala penggunaan perkhidmatan teknologi yang lain diilhat menurun ke paras 16 peratus dalam masa satu tahun adalah sesuatu yang patut merungsingkan pelbagai pihak.

Ia dilihat bahawa sekiranya pihak Kesatuan Eropah tidak melihat perkara ini dengan serius, ia dijangka bahawa banyak syarikat teknologi di rantau Eropah akan terpaksa ditutup kerana tidak boleh bersaing dengan penawaran sebuah syarikat gergasi seperti Microsoft.

Sumber: ZDNet

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved