Rekaan Fon Telinga Oppo Enco Free2i Diperlihatkan

TechnologyDigital
23 Nov 2021 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meskipun Oppo dilihat lebih ke arah penawaran peranti mudah alih, tetapi mereka juga merupakan pengeluar aksesori audio berkualiti tinggi. Sedia maklum, mereka kini dalam persediaan untuk pengenalan fon telinga baharu iaitu Oppo Enco Free 2i. Ia bakal dilancarkan pada 25 November ini bersama dengan pengenalan siri Oppo Reno7.

image is not available

Fon telinga ini mempunyai rekaan yang amat mirip dengan pendahulunya. Sekali lagi rekaan Apple AirPods Pro menjadi inspirasi buat jenama ini – di mana, ia menampilkan rekaan fon telinga jenis dalam telinga bertangkai. Seterusnya, Oppo Enco Free 2i turut dilengkapi pod pengecas berbentuk bujur.

image is not available

Di samping itu, ia juga akan mempunyai sokongan tiga mikrofon, pilihan mod transparency dan kebolehan masa maisa main muzik mencapai 30 jam. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk perkembangan lebih lanjut mengenai peranti ini.

Sumber : JD.Com