Huawei Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan Pelayan Mereka Akibat Sekatan Perdagangan

TechnologyDigital
3 Nov 2021 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, perniagaan Huawei terjejas teruk dengan mereka kini tidak lagi terdiri di kalangan 5 pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Selain itu perniagaan kelengkapan telekomunikasi juga terjejas selepas ia diharamkan di beberapa negara seperti UK dan Amerika Syarikat. Selama ini tiada perniagaan kecuali Honor telah dijual untuk menstabilkan syarikat.

image is not available

Tetapi menurut laporan Reuters, Huawei akan menjual perniagaan pelayan X86 mereka kepada konsortium Henan Information Industry Investment Co Ltd, dan Huaqin Technology Co Ltd. Penjualana dilakukan kerana perniagaan mengalami masalah mendapatkan bekalan cip Intel yang diperlukan pelayan yang dikeluarkan oleh mereka. Nilai jualan tidak diketahui pada waktu ini dan Huawei sendiri enggan memberikan sebarang komen.

Dengan perniagaan peranti pintar dan telekomunikasi terjejas teruk, Huawei mengembangkan pula perniagaan mereka ke pasaran automotif dengan beberapa kereta menggunakan sistem operasi HarmonyOS. Pembangunan kereta hibrid dan tren kuasa turut dilakukan serentak.