
Poco sejak kebelakangan ini kerap hadir dengan peranti kelas asas dan kelas pertengahan sahaja. Poco yang semua kenali dahulu iaitu pembunuh peranti mercu sudah semakin sepi dan pelancaran produk mereka dilihat seakan sama dengan Realme dan lain-lain jenama mampu milik lakukan.
Peranti terbaru dikatakan adalah Poco M4 Pro 5G yang akan hadir dengan pengecasan pantas 33W. Tetrapi pada hari pelancaran esok, Poco bukan sahaja akan melancarakn peranti kelas pertengahan baharu ini. Poco F3 turut akan kembali.
Something even more exciting is coming! 
Want to find out what it is?
Stay tuned for November 9th at 20:00 GMT+8! #POCOM4Pro 5G #PowerUpYourFun pic.twitter.com/zrD52nqnd9
Masih tidak jelas, sama ada adakah ia Poco F3 yang sama atau variasi baharu. Adakah ianya pengganti atau hanya edisi khas? Poco F3 adalah antara peranti berkuasa mampu milik yang cukup hebat pernah kami uji. Cip Snapdragon 870, skrin OLED 120Hz, pembesar suara stereo semuanya ada.
Apakah kejutan Poco ini, sama-sama kita nantikan esok.
