Niantic Melancarkan Lightship Sebagai Platform Membina Dunia Meta Sebenar

TechnologyDigital
9 Nov 2021 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semua syarikat ingin membina dunia meta (metaverse) mereka sendiri kerana dilihat bakal menjadi pengganti kepada Web 2.0 dalam masa terdekat. Syarikat yang paling awal membina dunia meta yang menggabungkan dunia sebenar dengan dunia maya ialah Niantic dengan permua seperti Pokemon Go serta Ingress. Hari ini mereka melancarkan Lightship sebuah platform untuk menghasilkan dunia meta sebenar.

image is not available

Lightship boleh digunakan pada peranti Android dan iOS. Ia dengan mudah dapat mengenalpasti objek yang dilihat menerusi kamera. Oleh itu perbezaan antara langit, lantai dan objek lain dapat dilakukan automatik oleh platform. Pembangun dapat meletakkan objek maya mereka di dalam dunia sebenar dengan lebih realistik seperti yang dapat dilihat dalam Pokemon GO.

image is not available
i

Niantic juga mengumumkan mereka akan melaburkan sehingga $20 juta ke dalam syarikat yang membangunkan teknologi terimbuh (AR). Dengan pelancaran Lightship, Niantic turut mengumumkan Coachella, Historic Royal Palaces, Lifull, the PGA of America, Science Museum Group, Shueisha, Softbank, the artist JR and Superblue, TRIPP, Universal Pictures, dan Warner Music Group sebagai rakan platform terawal menggunakan Lightship.