Imej Pengolokan Samsung Galaxy A33 5G Menunjukkan Penggunaan Kuad-Kamera

TechnologyDigital
15 Nov 2021 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain daripada Samsung Galaxy A52, Galaxy A52 5G, Galaxy A52s dan Galaxy A72. Tidak dinafikan Samsung Galaxy A32 turut menerima impak yang tersendiri. Peranti pintar ini telah diperkenalkan dalam beberapa versi model seperti LTE dan 5G. Secara amnya, versi 4G kelihatannya mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding versi 5G.

Dalam perkembangan terkini, model pengganti untuknya dilaporkan telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan. Mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy A33, rekaan keseluruhan peranti menunjukkan persediaan kuad-kamera di belakang. Di samping, kamera swafoto tunggal yang diletakkan dalam takuk bersaiz kecil bersama skrin sejenis rata. Sungguhpun begitu, konfigurasi untuk kesemua kamera masih tidak diketahui buat masa ini.

image is not available

Saiz bezel adalah seimbang pada bahagian atas dan sisi. Tetapi, Samsung belum bersedia membuang kewujudan bezel yang tebal pada bahagian dagu. Seterusnya, bahagian bawah menunjukkan peletakan untuk port sambungan USB-C dan kekisi audio. Ruang slot SIM juga dijangka diletakkan pada bahagian yang sama. Tetapi, desas-desus awal mengatakan mereka tidak akan akan menyertakan bicu audio 3.5mm padanya. Kemudian, butang kuasa dan laras audio pula pada sisi kanan.

image is not available

Samsung dijangka menggunakan panel sejenis SUPER AMOLED beresolusi FHD+ pada peranti ini. Ia juga mungkin tersedia dalam empat pilihan warna seperti oren, biru, hitam dan putih. Selain, turut dijangka dilancarkan seawal Januari tahun hadapan dan hanya tersedia dalam versi 5G.

Sumber : OnLeaks

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved