DJI Mavic 3: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
5 Nov 2021 • 5:24 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

DJI telah melancarkan dron consumer berkelas flagship mereka iaitu DJI Mavic 3. Ada dua varian boleh anda pilih iaitu Mavic 3 biasa ataupun Mavic 3 Cine.

Mereka miliki spesifikasi hampir sama kecuali Mavic 3 Cine hadir dengan keupayaan merakam video RAW pada resolusi lebih tinggi dan ia dilengkapi storan SSD seluas 1TB.

image is not available

Harga jualan Mavic 3 di Malaysia

Tempahan untuk memiliki DJI Mavic 3 sudahpun bermula di Malaysia. Di laman Shopee DJI Malaysia, harga jualannya adalah seperti berikut:

  1. Mavic 3 Single RM9,799
  2. Mavic 3 FMC RM12,399
  3. Mavic 3 Cine FMC RM22,899

Sistem dwikamera dengan sensor MFT

Di bahagian pengimejan, Mavic 3 diperkasa sistem kamera Hasselblad dwikamera. Kamera utamanya menggunakan sensor MFT CMOS dengan jarak fokal 24mm pada resolusi 20MP. Ia boleh merakam video RAW pada resolusi 5.1K@50fps ataupun 4K@120fps.

image is not available

Julat kedinamikan yang diiklankan agak luas, seluas 12.8 stops dan bukaan apertur kameranya boleh dilaraskan antara F2.8 hingga F11 yang tentu sekali memberi lebih keversatilan padanya dalam arena video.

Kamera sekunder dron ini ada jarak fokal 162mm atupun lebih kurang 6x zum optikal berbanding kamera utama. Bukaan aperturnya F4.4 dan boleh lakukan zum digital sejauh 28x.

Sistem keselamatan pesawat APAS 5.0

Mavic 3 menampilkan sistem keselapatan penerbangan APAS 5.0 yang mengambil data daripada 8 sensor pelbagai jenis sekitar badannya. Ia mampu mengesan halangan ataupun bahaya di segenap pelosok. Makanya, sistem penjejaknya turut ditambah baik.

DJI menaik taraf ActiveTrack kepada versi 5.0 bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada pengawalan kendiri dron sewaktu menjejak subjek.

image is not available

Sistem penjejak satelit navigasi padanya kini boleh menerima isyarat daripada 3 gugusan satelit sekaligus iaitu GPS, GLONASS, dan BeiDou yang bermakna kedudukannya di atas bumi boleh dikunci lebih pantas berbanding sebelumnya.

Mavic 3 juga diintegrasikan dalam sistem DJI AirSense. Melaluinya, ia akan mengetahui kedudukan kapal terbang ataupun helicopter yang berhampiran melalui isyarat ADS-B yang dipancarkan pesawat.

image is not availableimage is not available
Beza kelengkapan DJI Mavic 3 FMC dengan Mavic 3 Cine FMC

Buat pilot yang menerbangkannya, Mavic 3 menggunakan sistem penyiaran video DJI O3+ yang katanya boleh menghantar isyarat dalam jarak sehingga 15km. Hal ini bermakna, jarak operasi lebih jauh dan sambungan lebih kukuh boleh dijangkakan.

Waktu terbang sehingga 46 minit

Dron ini dikatakan terbang lebih lama berbanding generasi sebelumnya. Walaupun mengangkut beban yang agak berat jisimnya, waktu penerbangannya boleh mencapai sehingga 46 minit.

image is not available

Selain penggunaan bateri besar, kemajuan ini dicapai hasil rekaan semula beberapa bahagian dron bagi mengoptimumkan ciri aerodinamik seperti lengan rotor dan penggunaan rotor rekaan baharu.

Sumber: DJI

Bacaan berkaitan