Samsung Odyssey Neo G9 Berharga RM9499 Di Malaysia – Monitor Ultralebar 49-inci Melengkung

TechnologyDigital
14 Nov 2021 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Malaysia kini telah mula menawarkan monitor melengkung terbaru mereka, iaitu Samsung Odyssey Neo G9. Monitor ini ditujukan kepada para peminat permainan video, da hadir denga penawaran paparan ultralebar bersama dengannya untuk menggantikan penggunaan multi-monitor oleh pengguna.

image is not available

Samsung Odyssey Neo G9 hadir dengan skrin 49-inci melengkung, dengan paparan resolusi DQHD (5120×1440). Ia menawarkan nisbah paparan 32:9 bersama dengannya, serta menggunakan panel paparan Quantum Mini LED.

Ia menawarkan kadar kecerahan 2000nit, serta menyokong teknologi Quantum HDR 2000 – sekaligus menjanjikan penawaran menonton video, dan pengalaman bermain yang sangat baik.

image is not available

Monitor ini juga turut menyokong teknologi paparan AMD FreeSync Premium Pro dan juga NVIDIA G-Sync Premium.

Di Malaysia, monitor ini ditawarkan pada harga RM9499, tetapi pengguna boleh melakukan pra-tempahan hanya hari ini pada harga RM5999.

View Original Article