
Sebelum ini heboh berkenaan pengguna Google Pixel 6 yang mengadu peranti mereka mempunyai masalah skrin dan perkara tersebut telahpun disedari pihak Google. Kini terdapat lagi satu laporan dimana peranti berkenaan tidak mengecas pada 30w seperti mana yang diiklankan.
Menurut laporan Fuzz.my, sebelum ini Google Pixel 6 dikatakan mampu mengecas 50% hanya dalam 30 minit sahaja dalam iklan tetapi pada realitinya, peranti berkenaan hanya mampu mengecas 48% dalam masa itu dan mengambil masa sehingga 2 jam untuk penuh.
Pada kadar 0% sehingga 50%, peranti itu mampu mengecas pada kelajuan 30w dan selepas itu terus menurun ke kelajuan 13w. Apa dah jadi? Takkan bateri sebesar 5,000mAh perlu cas selama 2 jam, lama gila tu!
Walaubagaimanapun, pihak Google masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung masalah ini dan mungkin akan dilakukannya dalam masa terdekat. Apapun, kita tunggu sama-sama apa yang nak diberitahu Google pula nanti.
Kredit: Fuzz.my
The post Tidak Seperti Yang Diiklankan, Google Pixel 6 Pro Buat Hal? appeared first on Oh! Media.
