Rindukan Zhejiang? Kini Anda Boleh Menjelajah Zhejiang Secara Virtual!

25 Nov 2021 • 4:30 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Keindahan Zhejiang di China kini boleh diakses secara dalam talian oleh rakyat Malaysia selepas pameran maya berkaitan wilayah itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang bermula Rabu.

image is not available

Pameran bertema 'Panorama Hall of Virtual Exhibition of Zhejiang' yang berakhir pada 30 Nov ini memberikan gambaran Zhejiang secara keseluruhan daripada lima aspek iaitu landskap, sejarah, warisan budaya tidak ketara, kesenian dan makanan.

image is not available

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Zhejiang Chu Ziyu berkata pandemik COVID-19 memberi tamparan hebat kepada pertukaran dalam sektor kebudayaan dan pelancongan antara wilayah itu dengan Asia Tenggara.

image is not available

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Ketua Perwakilan Pusat Promosi Pelancongan Zhejiang di Asia Tenggara Datuk Keith Li, Pengerusi Malaysia-China Insight Trilingual News Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain.

Mereka yang berminat untuk meneroka Zhejiang dinasihat melayari laman Pameran Maya Zhejiang.

Sumber: Astro Awani