Kamera Galaxy S21 Ultra Kini Menyokong Mod Profesional Melalui Aplikasi “Expert RAW”

TechnologyDigital
25 Nov 2021 • 9:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy S21 Ultra tidak dinafikan adalah antara peranti mercu terbaik yang kita boleh dapatkan sekarang. Ia menyokong S-Pen, ada kamera yang hebat, serta prestasi dan ketahanan bateri yang memuaskan. Tetapi, ia ada satu kekurangan yang pesaing sudah lakukan untuk tunjukkan lagi kehebatan kamera – iaitu sokongan mod profesional dengan format RAW.

Baca:

Terkini, Samsung telah menerbitkan aplikasi beta Expert RAW sebagai “pemalam” untuk mengaktifkan fungsi ini. Sayang sekali, ia hanya menyokong sensor sudut ultra lebar dan sensor sudut lebar uta,a sahaja – sensor telefoto aneh sekali tidak menyokong fungsi ini untuk format gambar .dng atau RAW.

image is not available

Dengan fungsi baharu ini, ia membenarkan peminat fotografi menggunakan S21 Ultra lebih kebebasan dalam suntingan gambar dan tidak bergantung kepada sistem pasca-proses tersendiri Samsung. Dengan format ini, ia menyimpan data tambahan seperti dari bayang-bayang sehinggalah pencahayaan.

image is not available

image is not available

Samsung menjanjikan sokongan gambar berkualiti tinggi, nilai keHDR-rannya lebih tajam dan cerah, serta lebih kebebasan kepada pengguna profesional. Aplikasi Expert RAW ini turut membawakan sokongan untuk hasil gambar Linear DNG 16bit RAW, JPEG Nirhilang, HDR, mod pakar mengawal ISO, kelajuan-pengatup, EV, fokus manual, keseimbangan putih, paparan histogram, dan banyak lagi.

image is not available

Buat masa ini ia hanya menyokong Galaxy S21 Ultra dengan One UI 4.0 ke atas sahaja. Aplikasi ini akan tersenarai dalam Galaxy Store. Untuk menggunakannya, terus buka aplikasi kamera, tangkap gambar, import ke Lightroom pada komputer dan sunting.