Guna Telefon Dengan Cip MediaTek? Jangan Lupa Kemaskini Perisian Utuk Mengatasi Kerentanan Sekuriti

TechnologyDigital
25 Nov 2021 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MediaTek merupakan salah satu pengeluar cip popular, dan cip keluara mereka menjana sekitar 43% peranti yang dipasarkan pada suku kedua tahun ini.

Terbaru, melalui firma Check Point Research, ia didapati yang mana cip MediaTek mempunyai kerentanan pada komponen pemprosesan audio – sekaligus membolehkan pihak ketiga mencuri dengar melalui peranti pengguna.

Ia diperkatakan kerentanan berkenaan masih tidak dilaporkan telah disalah-guna setakat ini, dan pihak MediaTek sendiri telah mengatasi kerentanan berkenaan melalui kemaskini bulan Oktober lepas.

Buat masa ini, senarai peranti yang terjejas tidak diumumkan. Pihak MediaTek meminta pengguna untuk mengemaskini peranti mereka dengan kemaskini sekuriti terbaru, dan memastikan hanya memasang aplikasi dari Google Play Store atau kedai aplikasi yang disahkan sahaja..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved