Ujian Rangkaian 5G Di Malaysia Memperlihatkan Kelajuan Muat-Turun Melangkaui 1000Mbps

TechnologyDigital
10 Nov 2021 • 9:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi melalui ciapan di Twitter, kelajuan muat-turun yang diperlihatkan melalui ujian rangkaian 5G yang dilakukan pada siang tadi.

Melalui ujian yang dilakukan, ia memperlihatkan pencapaian kelajuan melangkaui 1,000Mbps.

image is not available

Lima penyedia rangkaian dilihat menyertai ujian integrasi 5G RAN bersama yang melibatkan penyertaan lima syarikat telekomunikasi serentak. Mengikut apa yang dikongsikan, ia dilihat disertai oleh Maxis, Digi, Celcom, U Mobile dan juga Unifi Mobile.

Mengikut janji DNB, mereka menyasarkan penawaran kelajuan paling minima 100Mbps melalui rangkaian 5G ini.

Rangkaian 5G dijangka akan diperkenalkan kepada orang awam bermula Disember ini, di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya terlebih dahulu.