Lima Negeri Catat Rt Atas 1.00, Hujung Tahun Kes Harian Dijangka 3,000 Ke Bawah?

5 Nov 2021 • 2:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Noor Hisham

Setelah hampir sebulan kita semua diberi kelonggaran untuk merentas negeri, lima negeri kini merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) diatas 1.00 iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurut laporan Berita Harian, Putarajaya merupakan negeri yang mencatatkan Rt paking tinggi iaitu sebanyak 1.11 menurut catatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter miliknya.

Nilai Rt bagi Negeri Sembilan pula kini mencatatkan 1.02 dan 4 negeri yang disebutkan tadi masing-masing merekodkan 1.01.

Walaubagaimanapun, Noor Hisham turut mengatakan bahawa bacaan Rt bagi seluruh negara kekal berada di bawah 1.00 iaitu 0.94 sejak September lalu.

Menjelang hujung tahun ini, kes harian di negara kita dijangka turun sehingga bawah 3,000 dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini merekodkan 75.4 peratus populasi 12 tahun ke atas lengkap divaksin.

Apapun, semoga kita semua sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar angka kes jangkitan berjaya diturunkan lagi. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.